Tuesday, July 12, 2011

Cerita di Sebalik Menara Condong...

Alhamdulillah...Shazana Pau Shop & Cafe telah beroperasi lebih 3 tahun. Terima Kasih kepada pelanggan-pelanggan setia kami mahupun yang baru mengenali Cafe ini. Segala susah payah untuk menaikkan Cafe ini telah menampakkan perkembangan yang amat baik...

Kepada sesiapa yang belum pernah sampai ke Shazana Pau Shop & Cafe...sudi-sudikanlah untuk singgah ye.

Sebenarnya, ramai juga pelanggan yang tertanya-tanya kenapa Menara Condong selalu dekat dengan Shazana Pau Shop & Cafe?? Mudah saja jawapannya...Arwah nenek dan ibu saudara tuan punya Cafe ini berasal dari Teluk Intan. Masa kecil @ masa cuti sekolah pemilik Cafe ini banyak dihabiskan di sana walaupun dia bersekolah di Ipoh. Di Teluk Intan@Teluk Anson inilah, pemilik Cafe ini mengenali dunia perniagaan (F&B) disebabkan ramai ahli keluarganya terlibat dalam bisnes makanan di Teluk Intan. Di Teluk Intan ini terdapat sebuah Menara Jam yang agak condong...(tak pasti kenapa??) Dahulunya Menara Condong ini digunakan sebagai tempat menyimpan air....

Menu2 yang ada di Cafe ini juga, banyak yang dipelajari dari arwah ibu saudaranya...iaitu Mak Opek. Masa pembukaan Cafe ini juga, arwahlah yang bersusah payah memasak untuk hari pertama...walaupun hakikatnya arwah tidak berapa sihat kerana menghidap penyakit kencing manis...

1 comment:

roslan mahat said...

menara jam condong di teluk intan menjadi condong semasa banjir besar melanda pada tahun berapa tak ingat ia nya terjadi disebabkan tanahnya rebak sedikit pada masa tu dan ia ya kekal sehingga pada hari ini.....sahih atau tidak saya tak tahu tapi saya dapat dari org2 lama dari kampung saya....teluk intan-kg gajah -pasir salak-changkat lada-pulau tiga